Misi & Visi

Misi & Visi

Perniagaan kami untuk membantu orang ramai yang ada masalah kewangan supaya menjual emas mereka kepada kami (buyback) Gold Bar, dan apa sahaja jenis barang kemas terpakai atau rosak dengan harga yang TINGGI dan TERBAIK.

Harga Emas Yang Tertera

Maklumat dan harga yang terkandung pada laman web ini adalah sebagai rujukan sahaja. Walaupun kami berusaha untuk memastikan laman web ini berfungsi dan berjalan dengan lancar, kami tidak bertanggungjawab dan tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan berkenaan dengan tapak web dan maklumat yang terkandung didalamnya. Harga dalam website ini berubah mengikut harga semasa, ianya akan bertukar bergantung pada naik/turun harga pasaran.

Kami Membeli Emas

Membeli segala jenis barangan emas sama ada cukup sifat atau tidak. Termasuk jongkong emas, dinar dan barang kemas. Emas dalam Bank, dalam Ar-rahnu dan dalam kedai pajak konvensional, semua kami beli.

Cara Berurusan

Semua bayaran dalam bentuk tunai atau tranfer online. Kami lebih mengutamakan anda datang ketempat kami, sebab peralatan tester dan penimbang semua tersedia. Tapi kami tidak menolak untuk datang ketempat anda. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi kami Call / WhatsApp.

Jual Beli Menggunakan Khidmat Pos

Urusan di luar Kuala Lumpur dan Selangor boleh menggunakan khidmat Pos. Bayaran melalui tranfer akan dilakukan setelah emas sampai ketangan kami. Kepercayaan anda, sangat kami hargai.

Cara Melakukan Jual Beli.

Setiap barangan emas yang dijual, pihak kami berhak untuk menentukan ketulenan dengan cara tester dan kaedah-kaedah lain yang besesuain. Ianya untuk mengelakkan daripada emas palsu. Penjual diwajibkan juga untuk mengemukakan surut belian asal dan lain-lain dokumen, untuk pengesahan bahwasanya emas tersebut miliknya. Jika surat belian asal tiada, maka penjual hendak la memberikan butir-butir pribadi seperti Kad Pengenalan dan lain-lain untuk mengelakkan daripada kami membeli emas curi, atau emas rompakan.

Post a Comment

Toggle Content

Mula Menyimpan Emas
Orang ramai sudah mula sedar tentang pentingnya mempunyai aset emas berbanding dengan simpanan wang fiat. Tiada inflasi kepada penyimpan emas
Ambil Tahu Juga Tentang Harga Emas
Di era norma baharu ini banyak perkara yang kita harus peka, termasuk harga emas semasa samada naik atau turun.
Tips Menyimpan Emas
Mulakan menyimpan walau hanya satu gram sebulan, pelaburan emas yang bijak adalah dalam bentuk goldbar kerana mempunyai spread buyback yang rendah dalam anggaran RM5.00/g.
Belajar Juga Teknik Mengenali Emas
Bukan sahaja harga yang kita harus peka, ketulenan emas juga kita harus tahu untuk mengelakkan daripada terbeli emas palsu
Datang Berjumpa Dengan Kami Untuk Sebarang Ilmu Emas
Kami sedia memberikan penerangan tentang perkara-perkara yang melibatkan Emas. Sila buat temujanji pada mailbox yang telah disediakan.